Cerita disebalik Blog header

Wednesday, September 22, 2004

Minggu Pertama di New York

Sudah lebih seminggu saya berada di NY, kota metropolitan tergah di dunia. Esok secara rasmi bermula musim luruh di New York dan menandakan perubahan musim di New York.

Buat masa ini, saya masih membayangkan bagaimanakah tanggungjawab dan bebanan tugas yang akan diamanahkan kerana Perhimpunan sebenar masih belum bermula. Keselamatan sudah mula ditingkatkan dan diperketatka kerana Ketua-ketua Negara dunia akan hadir menyampaikan ucapan mereka Perhimpunan Agung, satu proses yang berlangsung selama 2 minggu. Secara tradisinya, negara pertama yang akan berucap ialah Brazil dan diikuti oleh Amerika Syarikat sebagai tuan rumah. Tidak dapat digambarkan betapa ramainya anggota keselamatan yang berkeliaran di sekitar 1st dan 2nd Avenue, menutup dan mengadakan sekatan jalan raya. Bukan semata-mata NYPD yang ditugaskan malahan pasukan polis kastam dan ranger juga terlibat sama di dalam eksesais ini.

Observasi pertama, kota New York ini menarik bandarnya. Kebanyakkan orang di sini adalah ramah-ramah belaka, walaupun tidak dinafikan kadang-kadang tertoleh juga kita dua tiga kali sebabkan risau melihat karektor satu, dua individu yang digambarkan sebagai "jahat dan bahaya" melalui rancangan-rancangan TV terbitan mereka.

Denda Kumuhan Anjing, sehingga USD 200!New York juga adalah satu bandar yang penuh dengan populasi anjingnya. Dari sekecil-kecil anjing (besar seperti kucing) hinggalah sebesar-besar anjing (besar seperti kambing gemuk). Tidak lepas satu hari yang tidak kelihatan warga New York berjongging bersama anjingnya. Malahan kadang-kadang anda akan melihat anjing yang berbaju dan bersweater di bawa berjalan! Kalau sudah berjalan pasti ada bahan kumuh yang tertinggal. Ketat peraturan di sini. Kumuhan anjing yang tidak dilupuskan boleh didenda sehingga US 500! Tetapi, walaupun ada peraturan ada kawasan yang seperti kawasan "periuk api", merbahaya kalau tidak berhati-hati.

Saya masih lagi belum "mengembara" jauh dari persekitaran apartment dan bangunan Kedutaan tetapi apabila langkah sudah lebih panjang, saya akan berkongsi pengalaman tersebut bersama anda!

Sehingga berjumpa lagi!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home